Sunday, December 19, 2010

RaksaNyawa

raksakan perasaan kau,
puaskan shahwat mata kau,
biarkan ia merajai setiap tubuh kau.

mungkin kau rasa puas dengan keadaan begitu.


.:kekadang nyawa itu seakan tidak berharga:.

mantera baru

Kau kata semalam,
kau mahu tonton cerita larut malam.
Jadi kau tontonlah puas-puas.
sebelum aku tumbuk kepala kau,
dan berikan kau bintang lima secara percuma.

buka buku nota,
tuliskan beberapa aksara ghaib,
jadikannya mantera untuk hidup baru kau.

sunyi, kau boleh blah.

Tuesday, October 26, 2010

Jiwa Sekeping Gambar

Captured by Nokia X6 at Muar River on sunset

Sunday, October 17, 2010

keabadian cinta

orang kata.
orang yang kata lah kan

cinta itu buta..
tapi aku rasa tak..
sebab...
kau masih nampak dia

cinta itu kan subjektif
aku tak tahu nak describe macam mana...
bukan objektif.
macam kau jawab soalan matematik kertas satu.

apa aku merepek pasal cinton nie 

radiasi

radiasi cinta kali ini
ada limitasi

kalau sampai radiasi yang ke 6 pun..
cinta itu boleh survive lagi..
mungkinlah..


always talk about cinta.gelimak!

rasa rut bir basi

aku tengok kau sedap minum air itu
sedap?

dia kata sedap
kau memang celakalah
sampai kau mati pun kau memang tak boleh bezakan rasa itu

itu kan rut bir basi

kuburan tepi pantai

berjalan aku.
di gigi pantai.
daun-daun pokok rhu melambai.
menimbulkan perasaan romantik yang aku tak nak rasa

rasa romantika tu macam rasa milo basi pagi tadi
nak termuntah aku

tolonglah
buang rasa itu
tanamkan dalam kuburan itu
yang tak bernama

tolonglah

telefon berkredit

telefon
keperluan umat-umat manusia masa kini...

dari zaman graham bell sampailah zaman google, fesbuk,myspace,yahoo..
aku tak pernah tahu apa maksud ring..ring...

terkadang.
telefon aku bisu..
bisu dari sebarang bunyi..

telefon aku rosak.

aku punya ikon

ikon
setiap manusia punya ikon sendiri.
aku juga punya ikon sendiri

ikon cinta..
(wadehek ikon cinta!)

tapi ini adalah hakikat
ikon cinta aku seorang fotografer perawan
sangat menawan

aku mahu memiliki dia
tapi kemilikan aku telahpun bertarikh luput..

selamat tinggal

tiga nyawa

aku mungkin punya tiga nyawa

satu telah mati pada abad ke-20

kedua telah pun mati
tadi...

ketiga..aku tak tahu...
aku harap aku tak mati untuk kali ke tiga..

aku harap..

Sunday, October 10, 2010

Tentang Perasaan


ahh..ini rasa tentang perasaan..
bukan seperti kamar-kamar yang penuh dengan sulaman gotik..
bukan juga seperti baju yang koyak bertempel kain-kain perca buruk..

aku rasakan ia tentang perasaan..
seperti bilah-bilah pisau menyelinap masuk ke saraf-saraf fisikal
meraksa segumpal darah yang hampir mati..

kerana emosi itu sememangnya perlu untuk engkau terus bernyawa


FalsafahFilosofi

Kotak awan rentung,
Filamen hidup terbakar,
Hidup ini tidak dibekalkan banyak pilihan warna,
Mungkin semuanya telah ditakdirkan berwarna merah hitam,
Maka berdoalah..

elipsis...

Wednesday, September 29, 2010

Apa Yang Kau Panggil Cinta?

Apa yang kau panggil cinta? 
Bukanlah seindah mimpi yang indah 
Kerana ia cumalah bayangan ilusi 
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan 


Apa yang kau panggil cinta 
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan 
Kerana ia cumalah patung permainan 
Yang berselerakan di hati dia 


Apa yang kau panggil cinta 
Bukanlah permata yang seutuh berlian 
Ia cumalah kaca nan terang 
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara 


Apa yang kau panggil cinta 
Barangkali cuma bunga di mata 
Dihati seperti duri yang bisa 


Apa yang kau panggil cinta 
Cuma logamaya di tengah gurun 
Nampaknya indah umpama penyelamat 
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan 


Apa yang kau panggil cinta 
Adalah keindahan yang berseni 
Namun lekok-lekok garisannya 
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan 


Apa yang kau panggil cinta 
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya! 

Untukmu Adam dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Tuesday, September 28, 2010

Adam. Mengertilah

Adam,mengertilah... 
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..


Adam,mengertilah... 
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..


Adam,mengertilah... 
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...


Adam,mengertilah... 
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....


Adam,mengertilah... 
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..


Adam,mengertilah... 
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...


Adam,mengertilah...

Sunday, September 26, 2010

DeHearty-Permata Yang Dicari









Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

KLCC SENI FESTIVAL : Suara Tulus

KLCC SENI FESTIVAL 
Suara Tulus 
Tue 12 October 20106.30pm 

MPO Seni Ensemble
Foo Mei Yi
 piano

Datuk A Samad Said poet 
Taheera Mohamed vocals


Blending music with poetry, Datuk A Samad Said will recite Suara Tulus, Rindu Ibu and Hidup Bersama, among others, to music.
Foo Mei YiDatuk A Samad
Said
Taheera
Mohamed


Ticket Price (RM): 40 
Ticket Status: Available 

Dress Code: Smart Casual 

Click for more information about this event

Purchase Ticket

rasa cam nak pegi...tapi hari lepas hari bekerja plak..kat KLCC plak tu..cheyt...

Saturday, September 25, 2010

Ingin Menjadi Cantik?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat. 







Sebuah Mahar Cinta












        Nabi saw bersabda;
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”
 (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)




Biarkan pergi...




Hargai dan fahamilah bahawa Tuhan adalah pemilik yang Agung. Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanya sementara. Tiada yang kekal.

Hari ini anda disayangi keluarga, rakan sekolah, tidak mustahil suatu hari nanti keadaan ini akan berubah. Mungkin hari ini anda mempunyai teman wanita atau markah yang tinggi dalam peperiksaan tapi belum tentu anda akan memilik benda yang sama pada hari esok.

Anggap saja ia amanat dari yg dipertangungjawabkan oleh Tuhan. Dan suatu hari nanti anda kan memulangkannya kepada yang haq iaitu Tuhan. Hargai dan syukuri apa yang ada dlm genggaman kamu sekarang dan biarkan ia pergi jika memang itu telah ditakdirkan.

Wanita..

snap from Ayat-Ayat Cinta film
















Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 

Anuar Zain-Perpisahan



Layan Anuar Zain Pulop...hahahah

Kloroks-Mloroks

Semalam,
volkano meletus memancut lava terpendam.
Hanya kerna sebutir batu bara.

Hari ini,
debu-debu hitam memenuhi angkasa.
Kelam dan mendung menguasai.

Esok,
memberi tanda, dan aku tahu.
Aku harus bergembira dengan penuh kesedihan.
Tatkala mendung menutup sinar mentari.



Sial, aku tak suka!

..

Friday, September 24, 2010

Sakit

Sakit itu tiada berupa.
Usah-lah kau cuba-cuba untuk pamerkannya.

Sakit itu tiada berupa.
Tatkala kau cuba pamerkannya, maka kau menunjukkan rupa hodoh mu itu.

Sakit itu tiada berupa.
Saat kau memperlihatkannya, nescaya yang terserlah hanyalah kedunguan mu.

Sakit itu tiada berupa.
Jangan-lah disimpan di dalam hati kau yang tiada kekuatan itu.
Khuatir kelak akan memakan diri.

Sakit itu tiada berupa.
Belajar-lah merasakannya. Kelak kau akan melepaskannya.

Dan saat itu,
kau sudah tahu bahawa sakit itu hanya akan membawa duka kepada mu.

Sakit itu tiada berupa.
Biarkan.

Tuesday, September 21, 2010

Gadisku...Kekasihku

Gadisku , saya ingin mencintaimu sebagaimana cinta Adam terhadap Hawa, begitu juga mencintai kamu bagaimana Shah Jehan terhadap Taj Mahal, tidak lupa juga bagaimana Romeo terhadap Juliet ataupun Uda terhadap Dara dan saya ingin mencintai kamu sebagaimana yang telah diceritakan oleh semua kisah cinta agung di dunia ini.
Gadisku, jika saya berkuasa sudah lama saya bawa kamu melihat nyanyian dan tarian bidadari syurga, sudah lama saya himpunkan semua roh cinta, kemudian diberikan pada kamu semuanya dan akan saya ciptakan satu dunia baru hanya untuk kita berdua supaya kita boleh berpesta selamanya.
Gadisku, saya ingin kamu tahu yang saya bukannya manusia yang sempurna. Saya pasti akan melakukan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan manusia. Saya bukan hebat untuk membuatkan kamu terasa seperti berada di dalam syurga, suatu hari nanti pasti akan ada waktu yang saya akan buatkan perasaan kamu terluka dan pasti akan ada hari yang kamu akan membenci saya.
Wahai gadisku, walaupun setinggi langit dan seluas lautan dosa saya terhadap kamu, percayalah...
Saya tetap akan mencintai kamu selamanya.

elipsis...


Sunday, September 19, 2010

Increasing Your Wi-Fi Signal

Hari nie,aku ade try sumthing new...hahaha...ternyata menjadi
even mula-mula aku rase cam xbetul je bnda nie...tp bile dh cube.ternyata jadik...hahahaha

aku nk bitaw korang cmne nk tarik signal wifi berdekatan umah korang or ofis korang..or mybe kat hutan..
caranya:korang juz perlukan benda nie je....

-aluminium foil
-tapis aluminium mak korang kat dapur tu
-wifi adapter(54mbps pun ckup)
-usb extension cable(agak2 dalam 6 kaki la)
-selotape
Hasilnya














Jarak rumah aku ngn jiran aku...




















firstly, korang kena la lubangkan bhgian tengah tapis tu, mesti muat-muat ntuk msukkan wifi adapter korang tue..

n then,balutkan aluminium foil kat seluruh tapis mak korang tue...selotape bagi xkoyak...
SIAP...

msukkan adapter dalam tapis...

tarik adapter tu panjang ke luar umah pki usb extension tue....xpun tingkap umah pun jadila...

dan halakan wifi adapter tue ke umah sebelah.....

on pc korang.check your wifi signal....ia akan naikkan wifi signal korang paling koman pun 15%...ikut luck ar,aku kdang2 dapt smpi 20%..

contoh pics yg dah aku snap menunjukkan perbezaan signal sebelum dan selepas...

Sebelum pakai tapis


Selepas pakai tapis

Thursday, September 9, 2010

Eid-Ul-Fitr 1431H (10 September 2010)


Satu hari menjelang 1 Syawal 1431H
sungguh cepat Ramadhan berlalu..

dan bagi mereka yang merindukan Ramadhan, ia akan berakhir tidak lama lagi..
tapi bagi mereka yang merindukan Allah, ia tiada pengakhiran..

moga Aidilfitri kali ini dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara ahli keluarga mahupun sahabat handai yang selama ini mungkin ada salah dan silap...harap dimaafkan..

Jangan lupa juga kepada mereka yang kekurangan, menghulurkan bantuan setakat yang mampu..

SALAM AIDILFITRI DARI ARCHIDEAQUAZstudios
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Saturday, August 28, 2010

Manekuin-Manekuin

manekuin-manekuin goblok
berbaris di kamar peragaan buruk..
keras..
kaku..
tak bernyawa..
tak berperasaan..
mengheret senyum walau tidak punya tangan..
bergaya berkacamata walau tidak punya kaki..
awesomenya..

ia juga tidak punya hati...

Gantung

kebergantungan aku
pada perasaan yg membunuh
dengan runcingan suara masa lalu..

kau torehkan awan gelap
biarkan aku dihujan taufan beliung..
esaklah..
dalam titis hujan multi-halus
berbaring menadah nasib..

aku mati sekali lagi
aku mati
aku mati...

Saturday, August 21, 2010

Mac OS X Leopard 10.5.8 on PC

Today, i would like to share to u all about my pc dat had been changing from Ubuntu 10.04 to MAc OS X Leopard..the most reliable,fastest and easiest operating system...


as we know.Leopard OS is only for MAcintosh that it had been installed with Apple hardware and compatible with Leopard OS..but last month, i've been discover the new thing,Leopard OS on regular PC...instead AMD,Intel,SSE2 or SSE3...i've install it on Intel chipset.and it working fine..

What u need is:

-DVD-iAtkos V7 Leopard 10.5.7
-80GB HardDisk free space
-2GB RAM
-Intel Dual-Core processor..(minimum requirements for system stability for working)
-A cup of tea(while waiting for the installation finish..hehehehe)

Here is the tutorial that u can get on YouTube,,




_
__
___
____

and when finish,list below is a sample screenshot captured..

System Info



Desktop Interface...look at the dock!nice..ahahaha



the Widget


the Explorer
The Icon

QuickLook function








That's all for today....Try diz out...huhu

Friday, August 13, 2010

Letto-Ruang Rindu



Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Monday, August 9, 2010

Shadows of your shadows

Mornings after
Still lingers
Just waking up
I see a shadow of you
I go driving
I see this girl walk by
I smell her perfume
For a moment I wish it was you
I'm not gonna tell ya
I'm not gonna say that I'm okay, no
I'm tryin' to forget you
I'm tryin' to get far away from my mistakes

But I see shadows
Everywhere that I go
It's you, reminding me
Of how we were
Of how it was

I see shadows
Everywhere they follow
It's you and memories
Of how we loved
I've had enough of your shadows

Dina Farhana

Aku Cinta Kamu Tak Habis

AKU CINTA KAMU TAK HABIS


aku lemah tanpa kamu...D
aku perlu kamu...
aku cinta kamu.....
aku sayang kamu....

____________________________

runut-runut melankoli sentiasa bersuara di corong-corong
radio usang yang dambakan tuan yg baru..
aku terlepas dari kamu yang aku cinta sampai mati....I

aku mati....N
aku mati tanpa kamu
aku mati tanpa cinta kamu..A

Sampai Syurga - Faizal Tahir



Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu...

Dina Farhana...