Saturday, September 25, 2010

Biarkan pergi...




Hargai dan fahamilah bahawa Tuhan adalah pemilik yang Agung. Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanya sementara. Tiada yang kekal.

Hari ini anda disayangi keluarga, rakan sekolah, tidak mustahil suatu hari nanti keadaan ini akan berubah. Mungkin hari ini anda mempunyai teman wanita atau markah yang tinggi dalam peperiksaan tapi belum tentu anda akan memilik benda yang sama pada hari esok.

Anggap saja ia amanat dari yg dipertangungjawabkan oleh Tuhan. Dan suatu hari nanti anda kan memulangkannya kepada yang haq iaitu Tuhan. Hargai dan syukuri apa yang ada dlm genggaman kamu sekarang dan biarkan ia pergi jika memang itu telah ditakdirkan.

No comments:

Post a Comment