Monday, March 28, 2011

gila

masa masa suntuk
untuk aku mengait
perca kain palsu dari France
satu hiasan
hiasan berwarna untuk kau lihat dari dinding
dinding-dinding yang bercat merah
merekah menanti belah

aku tak bermaksud mahu berdusta
tapi apa yang aku rasakan sekarang
bikin aku jadi gila
gila
gila dengan angan yang tak habis
tolonglah
hentian seksaan ini
aku capik.

emosi bhg. II

hari-hari kerdil
yang memaksa aku datang
dan tiap saat yang berlalu
meraksa jiwa dengan emosi berulang
ingin meraja segenap jiwa yang berkaca

melihat bayang engkau
di penjuru ruang
dengan harapan
kau pandang aku

bersama kolaj-kolaj bayu
yang tak henti-henti
berkata 'tinggalkan dia'
jangan kau kata benci
jangan kau kata caci
jangan kau rasa lasi
dengan aku

aku hanya mahu kau tahu
maafkan aku
maafkan aku
dan sekali lagi aku merayu
maafkan aku...

(dengan berbasi kata-kata kau, aku jadi hilang punca dan setiap filamen hidup aku mungkin akan putus)

Friday, March 18, 2011

emosi

duduk leka di balkoni depan, sambil menghirup oksigen dari klorofil selepas hujan,
bersama secangkir kopi putih suam.
aku lihat lampu neon malam  berlawanan mahu menyilau mata.
aku gantungkan tiap bohong-bohong kau semalam
yang aku rasakan ia hampir membunuh aku

serius
aku tak mahu berbicara tentang cinta dan sebab itu angan orang dulu-dulu
yang mahu memiliki mercedes benz dua pintu, berwarna kerom, dan ada pemain MP3 bina dalam

aku lihat kau bersuka ria dalam hilai tawa tanpa rasa salah
ya, kau memang pandai berlakon.
dan aku hanya mampu melayan emosi yang tak habis-habis mahu aku paksa senyum
tunggu saja sampai besok subuh ataupun bila azan subuh berkumandang,
aku akan bebas dari semua ini.

aku harap..

masih menanggung emosi lepas

Saturday, March 12, 2011

tabir malam

kau punya hati
kau punya perasaan
perasaan kau bergelora
redup wajahmu
yang dipijak si kaki penipu
bibir-bibir bergula
berhati kosong
masa-masa kau berduka
kau biar berlalu
sampai kau rasa jemu
lasi
dengan apa yang kau terima

saat aku menabir malam
memberi lihat perasaan
yang bercampur
di pencil jiwa ku
yang ingin memiliki kamu

.: tentang cinta yang samar. status kepercayaan yang tidak diketahui :.

Thursday, March 10, 2011

lapan-slash-sembilan

bulan ke lima
masih lagi berduka
dengan kegelapan merajai terang
air mata seakan dibiar mngikut graviti muka
aku merayu
meminta di rangkul
meski malam
dibiar cemburu
menunggu
menunggu kamu dalam emosi
emosi yang tak habis-habis
menyuruh aku
senyum dengan rasa bersalah

(.: tribut untuk cinta bulan lapan-slash-sembilan :. )





Wednesday, March 2, 2011

kertas mentega dan kopi suam

kau sedang sibuk dengan kertas mentega di atas meja.
secangkir kopi suam separuh harga..
kau bangkitkan tangan kau dan mengeliat menahan penat
penat menunggu..

aku tidak menyesal merangkul kau dalam dakapan malam
mahupun aku meriba kau di dalam gelap malam
karena sayang aku hanya untuk kau..

dan hari ini..
mantera baru aku berubah menjadi mantera keramat..
aku menghela nafas dan hembus kepuasan.
dan dengan riak aku berkata..
aku sayangkan kau...
(hampir terlupa kopi suam tadi)