Friday, December 28, 2012

kisah satu minggu

kalaunya hati ada amnesia
terjumpa semula
dalam rencana dia

kalaunya dia bidadari surga
bangkitlah aku dalam dakapan dia
kalaunya dia hilang hatinya
pastinya aku pencurinya
kalaunya dia pesona jiwa
dekatkan aku dengan jiwanya

nyatalah minggu itu amatlah sebentar
degilnya hati takkan terliar
kisah satu minggu aku tamatkan



.:maafkan aku, penjaga hati:.

Thursday, December 27, 2012

lelaki hebat

kau lelaki terhebat
cemerlang dalam mengajar
merintih pabila diluka
mengajar aku erti hidup
biar aku selalu melukainya
dengan kata-kata nista

rembesan peluh dingin
dari semangat kental kau
dalam menyara tiap inci hidup aku
hingga kini
hingga aku berjaya
dalam hidup yang penuh dusta

kau lelaki hebat
yang membakar semangat anak-anakmu
untuk berjaya hingga ke waktu ini
kau lelaki hebat



selamat hari lahir | Ahmad Bin Mat Noor | 27/12/2012

Friday, November 23, 2012

penawar

karya dari syurga
indah
perasaan itu bawa aku terbang
tinggi ke tingkat paling atas
jauh dari realiti hidup

adakah bisa dia cinta aku dalam-dalam
sedang aku tenggelam
lemas dalam cinta aku yang diam
alis mata bak perawan pentas
maskara asli bukan buatan
tertempel elok senyumnya
dari wajah hijab yang tak tersingkap dosa
kalaupun ada 'dia'
yang sedang menukangi cinta dalam hati

biar aku katakan dahulu
aku suka kamu

.: penawar :.

Saturday, October 13, 2012

hari ini

hari ini hari kau
nikmatilah ia.

Tuesday, October 2, 2012

realiti nombor dua


aku disua satu lambaian langit
yang kata selamat kembali

ya.
aku sedar aku telah kembali
dari realiti nombor satu

diikuti lambaian dari lobi ketibaan
ke realiti nombor dua
dengan senyuman
perawan-perawan layu
aku masih waras

realiti nombor satu aku lupakan
realiti nombor dua
realiti yang aku hampiri
moga kau restui

Friday, September 28, 2012

pemadam ajaib

aku masih ingat kamu
perasan itu masih mahu lacurkan fikiran aku
aku tak pernah cuba ingat kamu

dari
setiap lirikan mata kamu
setiap kata-kata kamu
setiap lagu-lagu kegemaran kamu
yang berputar di corong radio

aku mahu padam
berikan aku pemadam ajaib
kerna sisa hidup aku dan kamu
masih tersimpan di sini
hati

Wednesday, September 19, 2012

perempuan untuk dijual

murahnya kau
aku bayar tunai boleh bukan?
apa?
kau cuma terima kad kredit
demand-nya kau

aku ade visa
apa?
american express?
amerika-nya kau

tiada resit?
hilang akal
bila masa aku guna kad kredit tiada resit
pastinya aku mahu
sumber rujukan masa depan

eh aku nak beli kau lah
kenapa lari?

Saturday, August 4, 2012

adaMu

lapangkan hati
terima apa yang ada
kau redha dengan ini
sesi hapus dosa
dosa-dosa kecil yang kau kumpul
dosa-dosa besar yang kau pikul

jangan kau keluh
silap yang kau suluh
sujudkan aku dalam redhaMu
tasbihkan namaMu di alis bibirku
zikirkan kekasihMu dalam hatiku
restukan aku dalam pentasMu

salam ramadhan 1433H

Saturday, July 21, 2012

nanti

menunggu itu penat bukan?
ya.penat
tapi kadang-kadang ia berbaloi
macam kau duduk dalam tren
sampai destinasi, ada ais-krim percuma
kau nak?

Tuesday, July 10, 2012

sahabat imaginari

hilangnya satu sahabat imaginari
yang lenyap entah ke mana
mungkin juga dia mati 
mati dengan jantung berbunyi

kau pergi
dan dengan amaun yang sikit demi sikit
jiwa aku juga pergi

pastinya kau baca telegram ini
dengan perlahan aku cuba
padamkan perasaan ini
perlahan-lahan
perlahan-lahan

(hela nafas baru dan hembuskan, rasakan nikmatnya wahai sahabat)


Saturday, June 30, 2012

kalimat

kau rasa
kalimat 'aku suka kau'
yang kau selalu sebut-sebut itu
kalimat ajaib yang boleh bawa magis

nyata kau silap

itu pembunuh senyap
senjata tajam yang kau rasa sakitnya
dari hati

Monday, May 7, 2012

insurans

suakan tangan kamu
terima hati aku
yang kau tolak banyak kali
bukan aku paksa
cuma aku nak kau tahu
hati aku tiada insurans hayat
macam orang-orang kaya ada
jadi aku minta kau jaga
kau belai
kau simpan

jangan sampai pecah

konversasi

wujudkan konversasi
antara robot dan lelaki mini
konversasi maut tentang cinta
si robot hanya dengar dan geleng
si lelaki mini cakap dan angguk

lemas aku lihat
bantulah mereka
berkonversasi dengan sempurna
tolong

kubur

semalam aku ke kubur kau
sandarkan basikal pada tiang lampu
tapi aku tak jejak tanahnya
melihat dari jauh dua nesan kau
seperti KLCC yang terpisah jauh

aku berdiri di situ
berfantasi tentang kau
tapi aku tak masuk
aku cuma berdiri di luar
memegang pagar karat
tapi aku tak jejak masuk

Wednesday, January 18, 2012

fiksyen

kau khayalkan aku
dalam sirah fiksyenmu
yang sekejap
kau bawa aku
ke petala ekstasi yang paling atas
untuk aku campur kau
satu

Monday, January 16, 2012

yang lain

aku ingin jadi orang lain
yang enak mengucup dahimu
membelai bibirmu
mematikan esak tangismu
ingin lupakan apa terjadi
sekian tadi

tenanglah
aku mahu kau di bahuku
aliskan bibirmu di jari jemariku

matikan emosi itu

supernova

kau dan aku
sekali dalam satu

satu

dua

tiga

letupan supernova

lenyap

satu aksi silap mata
di pentas tiada lampu
tiap kali dia beraksi
tepukan gemuruh

ya..
kau pasti teruja ada orang memuji kau

silap mata kedua
hati sebagai prop

*puff*

kau lenyapkan dengan mudah
tapi sayang
aksi itu tidak mendapat perhatian
sebab aksi biasa

mimpi


kau duduk di kaki lima
dengan harapan ada orang menyapa
kau harapkan tiap orang berkata
'hai' kepada kau

kau lupa
kau sedang bermimpi

Sunday, January 15, 2012

sebab

sebab aku ini pemberi isyarat
untuk kau dan aku
mencari erti
yang merajuk sembunyi

malapkan bintang
laparkan bulan
matikan matahari
biarkan gelap

sebab hanya tuhan yang tahu
istilah dan makna dalam hati
dan hiraukan
apa yang berlaku
sekian tadi