Friday, September 24, 2010

Sakit

Sakit itu tiada berupa.
Usah-lah kau cuba-cuba untuk pamerkannya.

Sakit itu tiada berupa.
Tatkala kau cuba pamerkannya, maka kau menunjukkan rupa hodoh mu itu.

Sakit itu tiada berupa.
Saat kau memperlihatkannya, nescaya yang terserlah hanyalah kedunguan mu.

Sakit itu tiada berupa.
Jangan-lah disimpan di dalam hati kau yang tiada kekuatan itu.
Khuatir kelak akan memakan diri.

Sakit itu tiada berupa.
Belajar-lah merasakannya. Kelak kau akan melepaskannya.

Dan saat itu,
kau sudah tahu bahawa sakit itu hanya akan membawa duka kepada mu.

Sakit itu tiada berupa.
Biarkan.

No comments:

Post a Comment