Friday, November 18, 2011

tiga ratus enam puluh lima

tiga ratus enam puluh lima
susunan nombor yang rapi
datangnya dengan gaya berbeza
bertarung dalam medan antara dua

hilangnya mereka
seorang demi seorang
hajatnya satu
mahu berjaya memikul cabaran
si tua
kata-kata keramat
yang buat aku hidup
di atas tingkat yang sama

pesan-pesan langit
bawa kepada aku khabar gembira
tentang mereka
kala aku lupa akan mereka

hari ini amatlah sebentar
mahu berkocak gembira sekali lagi
dengan kalian si hebat-hebat
mendaki puncak teragung
dengan mantera kalimat
yang kalian sentiasa sebut-sebut

selamat tinggal kalian

Wednesday, November 2, 2011

pejam

pejam mata
khayalkan buah ceri merah
terhias kemas
atas kek coklat separuh harga

semua akan aman

bohong

distraksi

kalah pada hakikat
tiada apa lagi
berdirilah kau puas
tanggung semua
tunggu saja
biar siap semua
halalkan semua

jika kau rasa hati ini
hanya mahu kau ramas
berambus
kau distraksi emosi