tiga ratus enam puluh lima
susunan nombor yang rapi
datangnya dengan gaya berbeza
bertarung dalam medan antara dua
hilangnya mereka
seorang demi seorang
hajatnya satu
mahu berjaya memikul cabaran
si tua
kata-kata keramat
yang buat aku hidup
di atas tingkat yang sama
pesan-pesan langit
bawa kepada aku khabar gembira
tentang mereka
kala aku lupa akan mereka
hari ini amatlah sebentar
mahu berkocak gembira sekali lagi
dengan kalian si hebat-hebat
mendaki puncak teragung
dengan mantera kalimat
yang kalian sentiasa sebut-sebut
selamat tinggal kalian
No comments:
Post a Comment