Friday, November 23, 2012

penawar

karya dari syurga
indah
perasaan itu bawa aku terbang
tinggi ke tingkat paling atas
jauh dari realiti hidup

adakah bisa dia cinta aku dalam-dalam
sedang aku tenggelam
lemas dalam cinta aku yang diam
alis mata bak perawan pentas
maskara asli bukan buatan
tertempel elok senyumnya
dari wajah hijab yang tak tersingkap dosa
kalaupun ada 'dia'
yang sedang menukangi cinta dalam hati

biar aku katakan dahulu
aku suka kamu

.: penawar :.

Saturday, October 13, 2012

hari ini

hari ini hari kau
nikmatilah ia.

Tuesday, October 2, 2012

realiti nombor dua


aku disua satu lambaian langit
yang kata selamat kembali

ya.
aku sedar aku telah kembali
dari realiti nombor satu

diikuti lambaian dari lobi ketibaan
ke realiti nombor dua
dengan senyuman
perawan-perawan layu
aku masih waras

realiti nombor satu aku lupakan
realiti nombor dua
realiti yang aku hampiri
moga kau restui

Friday, September 28, 2012

pemadam ajaib

aku masih ingat kamu
perasan itu masih mahu lacurkan fikiran aku
aku tak pernah cuba ingat kamu

dari
setiap lirikan mata kamu
setiap kata-kata kamu
setiap lagu-lagu kegemaran kamu
yang berputar di corong radio

aku mahu padam
berikan aku pemadam ajaib
kerna sisa hidup aku dan kamu
masih tersimpan di sini
hati

Wednesday, September 19, 2012

perempuan untuk dijual

murahnya kau
aku bayar tunai boleh bukan?
apa?
kau cuma terima kad kredit
demand-nya kau

aku ade visa
apa?
american express?
amerika-nya kau

tiada resit?
hilang akal
bila masa aku guna kad kredit tiada resit
pastinya aku mahu
sumber rujukan masa depan

eh aku nak beli kau lah
kenapa lari?

Saturday, August 4, 2012

adaMu

lapangkan hati
terima apa yang ada
kau redha dengan ini
sesi hapus dosa
dosa-dosa kecil yang kau kumpul
dosa-dosa besar yang kau pikul

jangan kau keluh
silap yang kau suluh
sujudkan aku dalam redhaMu
tasbihkan namaMu di alis bibirku
zikirkan kekasihMu dalam hatiku
restukan aku dalam pentasMu

salam ramadhan 1433H

Saturday, July 21, 2012

nanti

menunggu itu penat bukan?
ya.penat
tapi kadang-kadang ia berbaloi
macam kau duduk dalam tren
sampai destinasi, ada ais-krim percuma
kau nak?