Tuesday, October 4, 2011

Hati Yang Akan Mati

Berseorangan aku di bilik berkipas lantai.
Dengan berteman monitor hitam kaku.
Memerhati setiap penjuru ruang yang mula merekah.

Aku rasa kotak ini sudah mahu kiamatkan diri.
Tenat untuk menanggung siksa.
Menanggung siksa
Aku yang entah bila mahu pergi.

Dengan jari memetik papan kekunci fon selular.
Hanya jari yang mampu.
Bibir kelu tanpa bicara.

Saatnya tiba.
Untuk kau mengundurkan diri.
Dan untuk aku mencari di mana letaknya ikon sempurna.

Tenangkan hati.
InsyaAllah, semua akan dipermudahkan.
InsyaAllah.
InsyaAllah.

Noktah.

p/s : masih mencari apa yang selama ini perlu dicari, maafkan aku wahai penanti.

Sunday, September 25, 2011

Terima Kasih

Untuk diri kau yang aku jaga
Aku berulang kali kata yang aku tak pernah bosan
Tidak sekali
Aku kata bosan.
Biar kau rasa radiasi cinta aku yang tak berbelah bagi.
Cukuplah sekadar biasa-biasa.
Tidak perlu melawan dasar tumbuhan seorang manusia.
Yang inginkan lebih dari apa yang cukup.
Terima kasih kasih sayang.

Tunggu aku.
Sampai ke syurga
Akan ketemu kamu
Untuk berabad kalinya.

Sunday, September 18, 2011

Sakit

Sakit diri aku
Tertanggungnya aku
Bukan dari kau

Sunday, May 8, 2011

wanita hebat

cemerlang dalam mengajar
merintih pabila diluka
mengajar aku erti hidup
biar aku selalu melukainya
dengan kata-kata sinisku

sentiasa bernafas dengan senang
pabila dia bersama di sisi
tika aku tidur
tika aku bermain buaian di waktu kecil
tika aku ditimpa celaka

kau wanita hebat
yang membakar semangat anak-anakmu
untuk berjaya hingga ke waktu ini
kau wanita hebat

.: selamat hari ibu, Siti Fatimah Sardi :.

Wednesday, April 27, 2011

entri tentang kawan

pecahan-pecahan diskusi
membiak idea-idea bernas
dengan setiap saat ia bercambah

datang dengan salam dari timur
dan mahukan satu kelainan
dari satu poin yang asli
kau bermain dengan kata-kata
kata-kata mantera
yang buat aku hidup
mahu naik ke tingkat yang sama

mendaki puncak teragung
dengan mantera kalimat
yang kau sentiasa sebut-sebut.

.: entri untuk semua no.58 selamat cuti semester:.

Monday, March 28, 2011

gila

masa masa suntuk
untuk aku mengait
perca kain palsu dari France
satu hiasan
hiasan berwarna untuk kau lihat dari dinding
dinding-dinding yang bercat merah
merekah menanti belah

aku tak bermaksud mahu berdusta
tapi apa yang aku rasakan sekarang
bikin aku jadi gila
gila
gila dengan angan yang tak habis
tolonglah
hentian seksaan ini
aku capik.

emosi bhg. II

hari-hari kerdil
yang memaksa aku datang
dan tiap saat yang berlalu
meraksa jiwa dengan emosi berulang
ingin meraja segenap jiwa yang berkaca

melihat bayang engkau
di penjuru ruang
dengan harapan
kau pandang aku

bersama kolaj-kolaj bayu
yang tak henti-henti
berkata 'tinggalkan dia'
jangan kau kata benci
jangan kau kata caci
jangan kau rasa lasi
dengan aku

aku hanya mahu kau tahu
maafkan aku
maafkan aku
dan sekali lagi aku merayu
maafkan aku...

(dengan berbasi kata-kata kau, aku jadi hilang punca dan setiap filamen hidup aku mungkin akan putus)