Tuesday, September 2, 2014

57

di sini tanah tempatku berdiri
lahirnya paksi dalam tangis dan sangsi
sebuah simbolik julangan merdeka sakti
cinta sejarah yang takkan mati

Thursday, August 28, 2014

mak

kau wanita hebat
sering kau degil
degil yang rasa kau kuat
lelah kau infiniti
tak pernah hilang habis

bumbungi hari-hariku
dari waktu yang jauh
kata-katamu serapah sakti
pesan-pesanmu perisai besi

ingin aku mengucup dahimu
mematikan esak tangismu
yang merajuk sembunyi

dari jauh
restukan anak-anakmu
teruskan pesan-pesanmu
niatkan aku kata-katamu
kau wanita hebat

Saturday, May 10, 2014

perlahan-lahan

dan rasa itu aku simpan
hingga hari ini
hati ini masih dihuni namamu
pundak ini lama sedia menahan esakmu
dan datanglah padaku

bisikkan ke telingaku
perlahan-lahan
tentang apa yang kau rasa
padaku
katakan kau suka aku
atau
katakan apa lagi yang perlu
untuk aku tak perlu lagi menantimu

jika jawapannya beda dari
dua-dua ini.

akanku coba memadam rasa ini
perlahan-lahan

Sunday, December 1, 2013

kangen

andai kau hadir tak ku duga
dengan senyum manis
serta merta membatu lidah
seakan terbang ke awangan tak sudah

kita saling bicara - seakan bual tapi bisu
kita saling tahu - seakan dekat tapi jauh

tetap aku pengen kau
berdiri di sini memanah tajam
ke mataku tepat
dengan serapah sakti yg kau kibas
terus terusan aku terpaku

biar sekalipun aku
ditoreh langit petang kelabu
biar dihujan guruh peluru.
tetap aku disini handal terus menunggu

atau memilih untuk pergi
kalau itu kau mahu.

Saturday, September 28, 2013

setengah mati

aku mahu habisi segala perasaan yg melilit kupingmu

saat benar benar kau hanyut dalam puncak lagu
dan kita sama sama biarkan sudahnya
pada masa masa kita
tak bisa berbicara
saling kekal tak pernah jumpa

lalu
perasaan itu seakan luput
bagaikan lagu yang punya durasinya
hingga sesakti manapun liriknya tak bisa
menyatakan rasa yang sdg merapuh jiwa

kiranya pada penamat lagu
masihkah kita ada hubungnya
lirik sakti yang kita rasa
punya nafas melodi yang sama

Monday, May 6, 2013

dia

melihat kau dengan dia
dalam dakapan mulus dan pegangan erat
buat hati ini terhempas laju
kau siat-siat bersama ekstrak jus lemon
dan kau pipiskan lada hitam

kalaupun aku tercalon dalam hati dia
barangkali aku tempat paling bawah

Friday, January 18, 2013

bidadari imaginari

indah
walau kau tak pernah aku ketemu
perasaan itu bawa aku terbang
tinggi
jauh ke puncak nirwana

jantungku mula merusuh
resah
seolah berlari bermatian nyawa

dengan harapan
laman imaginari ini jadi titik temu
kau dan aku
dua
jadi satu

tapi pendapat dan cara kita berbeda
kita saling hubung--serupa berbicara tapi kelu
kita saling jumpa--serupa dekat tapi jauh

lalu
perasaan itu seakan luput
bagaikan lagu yang ada durasinya

hinggalah rasa itu datang lagi
bila aku katakan

"aku mahu cinta kamu"

adakah kau tahu
dalam hati aku ini
namamu yang aku sebut-sebut
dalam hati

adalah
bidadari imaginari

Sunday, January 13, 2013

momen

momen yang itu
ya, yang dalam mimpi itu
yang aku rasakan
masih ada harapan
untuk aku memiliki kamu

wujudnya kamu
belum pernah aku lihat
rasa cinta kamu
yang aku rasa radiasinya
mimpinya kamu
dalam tiap mimpi gratisku

momen itu buat aku hilang hati
yang kau curi banyak kali
tidakkah kau tahu
tiap destinasi yang aku tuju
dalam mimpi-mimpi aku
semua tertera nama kamu

Sunday, January 6, 2013

namamu

tatkala aku
berlayar enak di laman sesawang
kala awan gelap pekat
mahu beri air gratis
lagu enak hirisan hati mati
terhidang sama gula-gula mint

lalu dengan tiba-tiba
namamu datang menerpa
dari ceruk penjuru kotak fikirku

apakah di kala sama
namaku yang dulu kau selalu sebut-sebut
datang ke kotak fikirmu
walau sekejap?

15:36 | namamu di laman sosial | 6/1/2013

Tuesday, January 1, 2013

ujian

melangkah dengan yakin,
berbekal alat tulis murahan,
zikir-zikir bahasa Tuhan,
kalimat-kalimat magis,
helaian kayu nipis jadi taruhan,
mangsi berwarna kuncikan jawapan,
selama maju jaya wahai kalian.

#examweek&portfolio

Friday, December 28, 2012

kisah satu minggu

kalaunya hati ada amnesia
terjumpa semula
dalam rencana dia

kalaunya dia bidadari surga
bangkitlah aku dalam dakapan dia
kalaunya dia hilang hatinya
pastinya aku pencurinya
kalaunya dia pesona jiwa
dekatkan aku dengan jiwanya

nyatalah minggu itu amatlah sebentar
degilnya hati takkan terliar
kisah satu minggu aku tamatkan



.:maafkan aku, penjaga hati:.

Thursday, December 27, 2012

lelaki hebat

kau lelaki terhebat
cemerlang dalam mengajar
merintih pabila diluka
mengajar aku erti hidup
biar aku selalu melukainya
dengan kata-kata nista

rembesan peluh dingin
dari semangat kental kau
dalam menyara tiap inci hidup aku
hingga kini
hingga aku berjaya
dalam hidup yang penuh dusta

kau lelaki hebat
yang membakar semangat anak-anakmu
untuk berjaya hingga ke waktu ini
kau lelaki hebat



selamat hari lahir | Ahmad Bin Mat Noor | 27/12/2012

Friday, November 23, 2012

penawar

karya dari syurga
indah
perasaan itu bawa aku terbang
tinggi ke tingkat paling atas
jauh dari realiti hidup

adakah bisa dia cinta aku dalam-dalam
sedang aku tenggelam
lemas dalam cinta aku yang diam
alis mata bak perawan pentas
maskara asli bukan buatan
tertempel elok senyumnya
dari wajah hijab yang tak tersingkap dosa
kalaupun ada 'dia'
yang sedang menukangi cinta dalam hati

biar aku katakan dahulu
aku suka kamu

.: penawar :.

Saturday, October 13, 2012

hari ini

hari ini hari kau
nikmatilah ia.

Tuesday, October 2, 2012

realiti nombor dua


aku disua satu lambaian langit
yang kata selamat kembali

ya.
aku sedar aku telah kembali
dari realiti nombor satu

diikuti lambaian dari lobi ketibaan
ke realiti nombor dua
dengan senyuman
perawan-perawan layu
aku masih waras

realiti nombor satu aku lupakan
realiti nombor dua
realiti yang aku hampiri
moga kau restui

Friday, September 28, 2012

pemadam ajaib

aku masih ingat kamu
perasan itu masih mahu lacurkan fikiran aku
aku tak pernah cuba ingat kamu

dari
setiap lirikan mata kamu
setiap kata-kata kamu
setiap lagu-lagu kegemaran kamu
yang berputar di corong radio

aku mahu padam
berikan aku pemadam ajaib
kerna sisa hidup aku dan kamu
masih tersimpan di sini
hati

Wednesday, September 19, 2012

perempuan untuk dijual

murahnya kau
aku bayar tunai boleh bukan?
apa?
kau cuma terima kad kredit
demand-nya kau

aku ade visa
apa?
american express?
amerika-nya kau

tiada resit?
hilang akal
bila masa aku guna kad kredit tiada resit
pastinya aku mahu
sumber rujukan masa depan

eh aku nak beli kau lah
kenapa lari?

Saturday, August 4, 2012

adaMu

lapangkan hati
terima apa yang ada
kau redha dengan ini
sesi hapus dosa
dosa-dosa kecil yang kau kumpul
dosa-dosa besar yang kau pikul

jangan kau keluh
silap yang kau suluh
sujudkan aku dalam redhaMu
tasbihkan namaMu di alis bibirku
zikirkan kekasihMu dalam hatiku
restukan aku dalam pentasMu

salam ramadhan 1433H

Saturday, July 21, 2012

nanti

menunggu itu penat bukan?
ya.penat
tapi kadang-kadang ia berbaloi
macam kau duduk dalam tren
sampai destinasi, ada ais-krim percuma
kau nak?

Tuesday, July 10, 2012

sahabat imaginari

hilangnya satu sahabat imaginari
yang lenyap entah ke mana
mungkin juga dia mati 
mati dengan jantung berbunyi

kau pergi
dan dengan amaun yang sikit demi sikit
jiwa aku juga pergi

pastinya kau baca telegram ini
dengan perlahan aku cuba
padamkan perasaan ini
perlahan-lahan
perlahan-lahan

(hela nafas baru dan hembuskan, rasakan nikmatnya wahai sahabat)